## Kemaskini Font Al-Quran
Kami telah mengemaskini font paparan Al-Quran dalam aplikasi untuk memastikan harakat (baris) dipaparkan dengan lebih tepat dan jelas.
### Apa yang berubah?
- Font UthmanicHafs V22 telah digantikan kerana terdapat isu paparan harakat (shadda + kasrah) yang tidak tepat pada sesetengah peranti
- Font default kini menggunakan IndoPak Nastaleeq
- Font Amiri turut tersedia sebagai pilihan
### Kenapa perubahan ini?
Kami mendapati font sebelumnya memaparkan sebahagian baris Al-Quran dengan tidak tepat pada peranti Android tertentu — contohnya huruf yang sepatutnya berbaris kasrah (ِ) terpapar seperti fathah (َ).
### Tukar font ikut pilihan anda
Anda boleh menukar font Al-Quran pada bila-bila masa melalui:
Al-Quran → Settings → Font
Pilihan tersedia:
- IndoPak Nastaleeq (Default)
- Amiri (Naskh klasik — sesuai mushaf Malaysia)
- Roboto (Sistem)
Sila kemaskini aplikasi Solattime di Goolge Play Sotore.