.
SAMA-SAMA KITA DOAKAN SAUDARA KITA YANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR
Banjir
Musim tengkujuh telah tiba dan banjir melanda beberapa negeri di Malaysia. Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara seIslam kita yang terjejas.
DOA UNTUK MANGSA BANJIR:
اللَّهُمَّ احْفَظْ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِينَ مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَكْرُوهٍ
"Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami yang Muslim daripada segala keburukan dan bencana."
اللَّهُمَّ أَنْزِلْ عَلَيْهِمْ سَكِينَةً مِنْ عِنْدِكَ وَفَرِّجْ عَنْهُمْ كُرُبَهُمْ
"Ya Allah, turunkanlah ketenangan kepada mereka dan lepaskanlah mereka dari kesusahan."
SURVEY: ADAKAH ANDA ATAU KELUARGA ANDA TERJEJAS DENGAN BANJIR?
Kami ingin tahu keadaan pengguna SolatTime. Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen:
[YA] - Saya/keluarga saya terjejas banjir
[TIDAK] - Alhamdulillah, kawasan saya selamat
[DOA] - Saya mendoakan mangsa banjir
Cara Anda Boleh Membantu:
- Hulurkan bantuan wang ringgit atau barangan keperluan
- Sertai pasukan sukarelawan
- Sebarkan maklumat bantuan yang sahih
- Paling penting - DOAKAN mereka
"Sesiapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin, Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat." - Hadis Riwayat Muslim
Komen di bawah dan kongsi keadaan anda. Semoga Allah melindungi kita semua.